FITRAH
DUNIA
Sudah
menjadi fitrah dn ketetapan sifat dunia, bahwa yang ada akan hilang, yang pergi akan berganti.
Begitu
juga dalam konteks kita sebagai seorang anggota tentera. Akan datang suatu masa kita akan masuk kekuatan sesuatu pangkalan,
dan akan datang suatu masa kita keluar kekuatan sesuatu pangkalan.
Di JUSEN,
(Flait Rawatan Senjata Cabang Senjata Api Kecil) juga tidak terkecuali.
Kini JUSEN
sudah kehilangan orang yang berkemahiran di dalam bidang Gun Bay dan Amri, iaitu Kpl U Mohd Azamin dan Kpl U Harisham. Mereka
akan bertugas pula di Pangkalan Gong Kedak Jerteh Terengganu. Di jangka dalam bulan Mac 2008 ini mereka akan melapor diri
di sana untuk mencurah jasa di sana.
Untuk
mengenangkan dan menghargai segala jasa, idea, dan keringat yang telah mereka curahkan di JUSEN maka satu majlis perpisahan
telah diadakan, walaupun tidak seberapa. Tetapi yang penting ialah
nilai kemesraan dan nilai persaudaraan yang ingin dikukuhkan, lebih diutamakan.
Untuk melihat foto semasa majlis
itu sila pada PERISTIWA.